KEAGRESIFAN YANG BERLAKU DI KALANGAN ATLET
PENGENALAN
Marcapada ini, kami sering dihidangkan dengan berita pergaduhan terjadi antara atlet melalui media massa dan media elektronik. Berita ini turut memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara penonton yang lebih dikenali sebagai penyokong atau peminat. Pergaduhan yang berlaku ini dikaitkan sebagai tingkah laku negatif. Tingkah laku ini dikenali sebagai keagresifan. Wann(1977) menyatakan keagresifan sebagai tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal,verbal atau psikologikal orang lain sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada dicederakan. Manakala, bagi Kaufmann dipetik dalam (Marten,1979) pula telah mendefinisikan keagresifan sebagai tindakan yang mesti tepat iaitu tepat ke arah sasaran hidup dan penyerang haruslah mempunyai harapan atau kemungkinan subjektif yang melebihi aras kosong untuk mencapai sesuatu objek dan melepaskan ransangan yang membahayakan kepada objek tersebut.
Terdapat tiga teori yang dapat menjelaskan bagaimana tingkah laku agresif berlaku. Antara teori tersebut ialah Teori Instinct,Teori Frustration Agression dan Teori Social Learning. Menurut Teori Instinct(Gill,1986), setiap manusia mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif di mana perasaan ini boleh bertambah dan perlu dilepaskan atau ditunjukkan kepada sesuatu objek. Bagi Teori Frustration-Agression pula, ia berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh kekecewaan dan kegagalan yang dihadapi. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard, Doob, Miller dan Mowrer (1939). Selain itu , Teori Pembelajaran Sosial menerangkan agresif sebagai sifat seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil. Manakala bagi teori yang terakhir iaitu Teori Frustration Agression Model Berkowit menyatakan bahawa individu yang kalah dalam pertandingan kerana tidak dapat main dengan baik akan berasa kecewa. Disebabkan oleh kekecewaan itulah mereka menunjukkan tingkah laku yang agresif.
2.0.PUNCA BERLAKUNYA KEAGRESIFAN
Terdapat beberapa sebab berlakuya keagesifan di kalangan atlet-atlet. Sebab utama adalah terletak pada diri atlet. Terdapat ramai atlet yang tidak dapat mengawal dirinya dari aspek emosi. Mereka mudah naik marah hanya disebabkan oleh perkara yang kecil sahaja. Ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kekalahan diri dalam pertandinganan bertindak dengan mencederakan pihak lawan dalam pertandingan yang seterusnya. Contohnya, permainan bola sepak yang berlangsung antara kumpulan dari negara Jerman dan negara Poland.Pemain Darius Dudka telah membuat bentasan keras terhadap pemain Thomas Hitzlsperger namun Berjaya dilepasi olehnya ( Arena Bola Sepak).
Selain itu, pendapat atlet yang salah turut menjadi pemangkin keagresifan. Mengikut Bredemier dan Shields (1987) ,hasil daripada kajiannya , ramai atlet berpendapat bahawa sesetengah tindakan yang agresif yang tidak sesuai pada umum dibenarkan untuk menjadi agresif dalam perlawanan. Contohnya,balingan ke dalam oleh pemain bola sepak. Seorang pemain dengan sengaja membaling bola kearah tangan pemain dengan sengaja dengan tujuan untuk mendapat kelebihan. Akan tetapi apabila di luar permainan tindakan ini tidak diterima oleh seseorang. Perbezaan ini telah menunjukkan satu alasan permainan.
Punca yang seterusnya adalah melibatkan jurulatih. Sesetengah jurulatih dan atlet merasakan sikap agresif boleh meningkatkan prestasi atlet mereka sendiri sama ada dalam perlawanan individu atau berkumpulan. Contohnya,seorang peninju yang melepaskan tumbukan yang kuat(melepaskan geram) ke atas muka lawannya dan tumbukan tersebut menyebabkan lawannya tercedera dan memenangi perlawanan tersebut.
Faktor yang seterusnya ialah factor semasa. Perlakuan keagresifan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor semasa. Antaranya ialah pengaruh penonton. Sorakan dan ejekan penonton boleh mempengaruhi keadaan dan menjadi pemangkin kepada keagresifan pemain. Contohnya,dua orang pemain Selangor, Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin terlibat dalam kes memukul penyokong sendiri. Perkara ini terjadi kerana penyokong mereka telah memprovokasi mereka dengan kata-kata kesat disebabkan oleh permainan mereka yang tidak baik.( Arena Bola Sepak)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home