jpsia

Thursday, August 26, 2010

WAJARKAH UPSR DAN PMR DIMANSUHKAN???

UPSR dan PMR dimansuhkan....

Beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu-isu penting bersifat nasional yang telah melanda negara kita. Antaranya isu penarikan balik subsidi, judi bola sepak, pemberhentian biasiswa ke luar negara dan macam-macam lagi. Marcapada ini kita telah didedahkan kepada isu-isu yang tertera di atas.Apabila saya telah membaca tajuk yang menghiasi dada surat khabar ,perkara yang terlintas di fikiran ialah

"Apa yang akan terjadi kepada negara kita?"

Saya kurang bersetuju apabila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan . Pada saya masalah sekarang bukanlah kerana banyaknya peperiksaan tapi cara pembelajaran yang harus diubah agar tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sistem pembelajaran sedia ada menyebabkan kita belajar secara ‘buta’ dengan menghafal semata-mata tanpa memahaminya. Pelajar tidak harus disalahkan sepenuhnya kerana sistem pendidikan yang secara tak langsung telah membentuk mereka agar menghafal supaya lulus peperiksaan. Mereka hanya mengikut sistem yang telah tersedia.Murid pada hari ini kebanyakan akan belajar adalah disebabkan oleh sistem ujian yang dilaksanakan .Tidak dinafikan yang saya sendiri adalah salah seorang daripada pelajar yang hanya akan belajar jika ada ujian. Jadi saya rasa bahawa UPSR dan PMR tidak harus dimansuhkan.

Jika UPSR dimansuhkan, pemilihan ke MRSM atau SBP akan berdepan dengan masalah kerana tiada penanda aras yang dapat digunakan bagi menilai prestasi mereka untuk masuk ke sekolah-sekolah. Kalau PMR dimansuhkan, macam mana pelajar memilih aliran yang mereka minati jika tiada peperiksaan untuk menilai kemampuan mereka. Pelajar juga mungkin akan belajar sambil lewa kerana tiada peperiksaan besar di depan mereka.

Selain itu, saya merasakan UPSR dan PMR amat penting sebagai persediaan menghadapi SPM. para pelajar harus membiasakan diri dengan peperiksaan supaya mereka lebih bersedia dan tidak takut untuk mengahadapi SPM. Cuba kita bayangkan jika tanpa UPSR dan PMR, para pelajar tidak biasa dengan peperiksaan, terus menghadapi peperiksaan yang besar yang akan menentukan masa depan mereka. bolehkan mereka menjawab dengan tenang sedangkan mereka tiada pengalaman mengambil peperiksaan awam sebelum ini? Peperiksaan ini amat penting untuk murid mengenal diri dan berusaha untuk masa hadapan. sebagai contoh, jika seseorang murid mendapat keputusan PMR yang kurang memberangsangkan, hal ini akan menjadi pembakar semangat dan juga akan menimbulkan keinsafan kepada pelajar tersebut untuk berusaha dengan lebih gigih sebelum menghadapi SPM, peperiksaan yang akan menentukan masa hadapan mereka.

Tambahan pula,ada sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa sistem ujian ini hanya fokus kepada menghafal text dan perlu dimansuhkan .Mengapa perlu memansuhkan ujian ini?Kerajaan hanya perlu mengubah cara pengolahan kertas ujian .Kertas soalan yang dikeluarkan boleh banyakkan soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pendapat mereka sendiri.Jadi kita haruslah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya membuang masalah ini.Cara ini hanya akan menyebabkan masalah bertimbun dan memburukkan lagi keadaan .

Jadi saya berharap yang UPSR dan PMR janganlah dimansuhkan tetapi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam UPSR dan PMR.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home