jpsia

Tuesday, September 28, 2010

Refleksi

Saya telah menghadiri kelas teknologi maklumat. Encik Nik merupakan pensyarah saya . Beliau telah menyuruh saya dan rakan-rakan membuat satu blog spot. Pada mulanya kami agak kelam kabut dalam membuat blogger ,tetapi di bawah penerangan beliau dan bantuan kawan yang sudah membuat blogspot. Akhirnya, saya berjaya membuatnya. Tetapi semasa kami membuatnya, kami menghadapi beberapa halangan seperti internet line tak cukup kuat. Kami sukar nak masuk ke satu page yang baru. Jadi proses membuat blogspot ini agak lambat.

Selain itu, saya telah mempelajari satu ilmu yang baru. Sebelumnya saya tidak tahu dan tidak pernah dengar tentang blogspot. Saya cuma tahu satu laman web yang terkenal iaitu facebook. Melalui blogspot saya boleh menulis dan memaparkan apa yang tersirat dalam fikiran saya. Keadaan ini agak berbeza dengan keadaan di sekolah menengah. Beliau telah memberi kami peluang untuk mempelajarinya sendiri dan meneroka dalam ilmu teknologi. Tujuan beliau untuk melakukannya adalah supaya kami tidak membuat sesuatu berdasarkan module yang disediakan dan terkonkong dalam kotak . Kami turut digalakkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan membuatnya sendiri.

Beliau ingin melatih kami melalui proses berfikir. Melaluinya, kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan berpandangan jauh. Secara tidak langsung, kami dapat berlatih teknik ini dan dapat mengaplikasikannya atau melatih generasi yang akan datang di bawah ajaran kami yang bakal menjadi guru pada masa akan datang. Beliau sentiasa menyuruh kami mengeluarkan pendapat kami sendiri semasa dalam kuliah.

Encik Nik juga telah memberi beberapa tugasan kepada kami menyiapkannya dan memaparkannya dalam blogspot. Antaranya ialah isu-isu semasa yang hebat diperkatakan di kalangan masyarakat iaitu haruskah UPSR dan PMR dimansuhkan. Secara tidak langsung, kami berpeluang menyuarakan apa yang terbuku di hati dan kami turut mempelajari untuk memberi perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku di kalangan kami. Di sini ,beliau secara tidak langsung melatih kami untuk berfikir. Beliau sentiasa mengajar kami cara untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dari segi ilmu dan disiplin diri.

Encik Nik turut memberitahu dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang dipelajari oleh beliau. Beliau tidak kedekut ilmu. Contohnya, beliau telah pergi ke USM untuk menghadiri satu majis perasmian di sana. Di sana , beliau telah didedahkan kepada teknologi baru. Pada keesokkan hari beliau telah menunjukkan kami gambar tersebut melalui internet. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh.

Kami berasa gembira mendapatkann ilmu daripada Encik Nik

Posisi Duduk Menghadap Keyboard

Posisi sebelum bermain piano atau keyboard: - posisi duduk anda, tangan anda dan posisi jari sangat penting, kerana ini akan mempengaruhi kecekapan anda bermain.

1.Luruskan dan merelaskkan badan.
2.Jangan menegangkan bahu dan leher.Relakskan badan.
3.Siku haruslah sama ketinggian dengan keyboard.
4.Pergelangan tangan harus lurus, sedikit di atas dan sejajar dengan keyboard.
5. Ini akan meminimumkan perbezaan panjang antara jari-jari anda - khususnya ibu jari anda. Hal ini memudahkan untuk memindahkan ibu jari anda di bawah jari-jari lain.
6.Kaki haruslah diletak berdekatan pedal.
7. Lengan bawah, pergelangan tangan dan tangan harus relaks dan harus pada paksi yang sama dengan keyboard.
8.Relakskan otot badan, khususnya di tangan, pergelangan tangan dan lengan. Jika anda berasa sakit, terbakar di pergelangan tangan anda, berhenti bermain dan berehat.
9.Aktiviti fizikal tidak harus dibuat untuk mencuri perhatian penonton dari persembahan,

sejarah keyboard


PENGENALAN
Sebuah keyboard elektronik (juga disebut keyboard digital, keyboard portabel dan keyboard rumah) adalah instrumen keyboard elektronik atau digital. Elektronik keyboard dikembangkan daripada penggabungan dua kaedah yang berasingan dalam menghasilkan suara: keyboard piano-jenis dan switch elektronik yang mengubah tegangan dan mematikan untuk menghasilkan suara. Keyboard 12-nada yang ditemui di organ-organ dan piano hari ini berevolusi dari instrumen sebelumnya, yang dikejutkan dengan tinju untuk menghasilkan suara. Secara berperingkat kunci telah ditambah untuk memasukkan kres dan mol, dan oleh,pada pertengahan 1300-an keyboard 12-nada kunci alam putih dan kunci yang tajam dan flat hitam menjadi standard. Rentetan teknologi dibangunkan, keyboard elektronik menjadi lebih canggih, sehingga menjadi synthesizer kompleks pada masa kini. Elektronik keyboard biasanya digunakan oleh pelatih pada tahap menengah dan mahasiswa.
Samaada kita berada di rumah atau di mana-mana sahaja, dengan bantuan keyboard elektronik kita dapat mencari kseronokan. Keyboard elektronik merupakan salah satu organ, piano, synthesizer atau sampler. Kebanyakan keyboard elektronik boleh disambungkan ke komputer .Beberapa model canggih termasuk disk drive yang membolehkan iringan orkestra bahkan rakaman dimainkan bersama.
Elektronik keyboard crescendo mencapai kejayaan dalam synthesizer dan samplers. Terdapat banyak jenis synthesizer .Antaranya ialah kemudahan untuk memainkan semula lagu, rakaman dan mencipta suara eksotis dengan kawalan sensitif halus. Sebahagian besar synthesizer dan samplers ini disebut multiimbral. Multiimbral digunakan untuk memainkan semula semua lagu yang dikehendaki.
Pasaran keyoard elektronik telah berkembang dengan pesat. Usahawan telah memperkenalkan keyboard electronic kepada masyarakat melalui penerbitan dan pengiklanan . Sebuah matlamat telah ditetapkan untuk memperkenalkan alat baru ini di antara pendidik muzik tetang teknologi muzik di universiti-universiti besar di seluruh Amerika Syarikat. Website turut ditubuhkan untuk tujuan menyebarkan electronic keyboard.

SEJARAH dan Pencipta Keyboard
Sebelum Abab Ke-20, Jean-Baptiste Delaborde telah mengembangkan keyboard elektronik pertama di 1760 dengan alat-alat yang disebut sebagai clavecine yang dihasilkan oleh suara loceng bergetar dan hujungnya logam dengan keyboard elektrik . Selama tahun 1800, ada beberapa usaha dibuat alat-alat muzik elektronik. Elektronik keyboard, seperti piano elektromekanik, yang digunakan elektro-magnet dan dinamo untuk menghasilkan nada elektronik, mulai muncul pada awal 1867. Asal usul alat muzik yang disebut telegraf, yang mengeluarkan monofonik (satu) nada, ditentang dalam tuntutan antara Elisa Gray dan Alexander Graham Bell.Kedua-duanya mendakwa telah menemui instrument tersebut. Tetapi Alexander Graham Bell akhirnya berjaya memenangi dakwaan tersebut.
Hammond Organ, diperkenalkan pada tahun 1935, merupakan perkembangan penting dalam sejarah keyboard elektronik. Hammond Organ mampu menghasilkan nada polifonik (lebih dari satu nada pada satu masa), Ketika butang ditekan pada keyboard organ, nada akan dihasilkan dengan menyambung ke generator nada butang itu, roda magnetik akan berputar, dan kemudian menghasilkan voltan output yang menentukan frekuensi. Nada ini kemudian diamplifikasi melalui amplifier tabung vakum.
Pada awal keyboard synthesizer, setelah banyak percubaan telah dibuat oleh makmal seperti Columbia-Princeton Elektronik Sebenar Center dan Milan Elektronik Music Studio, komposer mulai menemui potensi sonik sintesis elektronik dengan synthesizer seukuran bilik. Pada tahun 1961, Robert Moog Theremin telah mula belajar, satu instrumen elektronik. Karya ini dipimpin Moog untuk pembangunan pertama dari banyak keyboard elektronik yang menggabungkan sintesis suara dengan gaya keyboard piano. Penemuan Moog diketahui oleh para pemuzik, dan setelah rakaman Walter Carlos, "Switched-On Bach," tumbuh populariti papan tuts elektronik dengan cepat.
Instrumental Muzik Digital Interface (MIDI) menjadi pengeluar synthesizer standard yang akan digunakan untuk menghantar kod digital untuk semua dari synthesizer ke mixer, prosesor isyarat lampu dan berbagai. Melalui MIDI, keyboard elektronik boleh berinteraksi dengan komputer. Pada masa kini keyboard mampu menghasilkan beribu-ribu suara muzik yang realistik, serta kesan bunyi yang unik. MIDI keyboard merupakan ciri suara yang salinan perkusi suara dengan nota masing-masing
Keyboards synthesizer pada abad 20 .Disebabkan oleh perkembangan teknologi yang mendadak, terdapat banyak pengeluar menghasilkan keyboard elektronik dengan berbagai jenis fitur dan harga. Beberapa keyboard elektronik yang lengkap dengan amplifier dan speaker telah dikeluarkan. Salah satu pengeluar instrumen yang paling popular adalah Casio. Casio menawarkan low-end pada umumnya, instrumen murah. Beberapa keyboard profesional yang paling popular digunakan pada masa ini adalah dikeluarkan dan dicipta oleh Yamaha, Roland, Korg dan KURZWEIL. Keyboard synthesizer elektronik moden dapat dilihat dan didengar dalam persembahan konsert .

Thursday, August 26, 2010

WAJARKAH UPSR DAN PMR DIMANSUHKAN???

UPSR dan PMR dimansuhkan....

Beberapa bulan kebelakangan ini banyak isu-isu penting bersifat nasional yang telah melanda negara kita. Antaranya isu penarikan balik subsidi, judi bola sepak, pemberhentian biasiswa ke luar negara dan macam-macam lagi. Marcapada ini kita telah didedahkan kepada isu-isu yang tertera di atas.Apabila saya telah membaca tajuk yang menghiasi dada surat khabar ,perkara yang terlintas di fikiran ialah

"Apa yang akan terjadi kepada negara kita?"

Saya kurang bersetuju apabila kedua-dua peperiksaan ini dimansuhkan . Pada saya masalah sekarang bukanlah kerana banyaknya peperiksaan tapi cara pembelajaran yang harus diubah agar tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Sistem pembelajaran sedia ada menyebabkan kita belajar secara ‘buta’ dengan menghafal semata-mata tanpa memahaminya. Pelajar tidak harus disalahkan sepenuhnya kerana sistem pendidikan yang secara tak langsung telah membentuk mereka agar menghafal supaya lulus peperiksaan. Mereka hanya mengikut sistem yang telah tersedia.Murid pada hari ini kebanyakan akan belajar adalah disebabkan oleh sistem ujian yang dilaksanakan .Tidak dinafikan yang saya sendiri adalah salah seorang daripada pelajar yang hanya akan belajar jika ada ujian. Jadi saya rasa bahawa UPSR dan PMR tidak harus dimansuhkan.

Jika UPSR dimansuhkan, pemilihan ke MRSM atau SBP akan berdepan dengan masalah kerana tiada penanda aras yang dapat digunakan bagi menilai prestasi mereka untuk masuk ke sekolah-sekolah. Kalau PMR dimansuhkan, macam mana pelajar memilih aliran yang mereka minati jika tiada peperiksaan untuk menilai kemampuan mereka. Pelajar juga mungkin akan belajar sambil lewa kerana tiada peperiksaan besar di depan mereka.

Selain itu, saya merasakan UPSR dan PMR amat penting sebagai persediaan menghadapi SPM. para pelajar harus membiasakan diri dengan peperiksaan supaya mereka lebih bersedia dan tidak takut untuk mengahadapi SPM. Cuba kita bayangkan jika tanpa UPSR dan PMR, para pelajar tidak biasa dengan peperiksaan, terus menghadapi peperiksaan yang besar yang akan menentukan masa depan mereka. bolehkan mereka menjawab dengan tenang sedangkan mereka tiada pengalaman mengambil peperiksaan awam sebelum ini? Peperiksaan ini amat penting untuk murid mengenal diri dan berusaha untuk masa hadapan. sebagai contoh, jika seseorang murid mendapat keputusan PMR yang kurang memberangsangkan, hal ini akan menjadi pembakar semangat dan juga akan menimbulkan keinsafan kepada pelajar tersebut untuk berusaha dengan lebih gigih sebelum menghadapi SPM, peperiksaan yang akan menentukan masa hadapan mereka.

Tambahan pula,ada sesetengah ibu bapa mengatakan bahawa sistem ujian ini hanya fokus kepada menghafal text dan perlu dimansuhkan .Mengapa perlu memansuhkan ujian ini?Kerajaan hanya perlu mengubah cara pengolahan kertas ujian .Kertas soalan yang dikeluarkan boleh banyakkan soalan yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pendapat mereka sendiri.Jadi kita haruslah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya membuang masalah ini.Cara ini hanya akan menyebabkan masalah bertimbun dan memburukkan lagi keadaan .

Jadi saya berharap yang UPSR dan PMR janganlah dimansuhkan tetapi memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam UPSR dan PMR.

learning management system

LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

Apakah itu LMS ?

LMS adalah perangkat lunak yang digunakan untuk membuat materi perkuliahan on-line (berbasis web) dan mengelola kegiatan pembelajaran serta hasil-hasilnya.

LMS mendukung:

• Administrasi
• Peyampaian materi
• Penilaian
• Pelacakan/tracking & monitoring
• Kolaborasi
• Komunikasi

Melalui LMS

Dosen
• Membuat silabi, materi
• Manajemen file
• Membuat soal tes, quiz
• Memonitor aktivitas mahasiswa
• Memberi nilai
• Mengolah nilai
• Berinteraksi dengan mahasiswa
(forum, email, chat)
• Melihat kemajuan mahasiswa
Mahasiswa
• Akses silabi, materi, tugas-tugas
• Mengirim tugas
• Melihat hasil penilaian
• Mengerjakan tes/quiz
• Manajemen file
• Berinteraksi dengan mahasiswa
dan dosen (forum, email, chat)
• Kerja kelompok

Administrator
Pendaftaran matakuliah
• Menentukan dosen dan
matakuliah
• Melakukan back-up
• Pengelolaan website


LMS yang tersedia

• LMS Komersial:
– WebCT, Blackboard, dll.
• LMS Open Source:
– Moodle, Claroline, Ilias, Atutor, dll
E-learning UNY menggunakan Moodle.

Ciri-ciri LMS
• LMS memenuhi keperluan penyebaran pendidikan, pentadbiran.
• Adalah perisian untuk perancangan, memberi, dan mengatur kegiatan pembelajaran dalam sebuah organisasi, termasuk online, ruangan kelas virtual, dan program pengajar yang dipimpin.
• Sebagai contoh, sebuah LMS dapat menyederhanakan usaha sertifikasi global, membolehkan syarikat untuk menyelaraskan inisiatif belajar dengan tujuan strategik, dan menyediakan cara untuk pengurusan peringkat kemahiran syarikat.
• Fokus dari LMS adalah menguruskan pelajar, mencatat kemajuan dan prestasi dalam setiap jenis aktiviti latihan.

Thursday, August 19, 2010

KEAGRESIFAN YANG BERLAKU DI KALANGAN ATLET

PENGENALAN

Marcapada ini, kami sering dihidangkan dengan berita pergaduhan terjadi antara atlet melalui media massa dan media elektronik. Berita ini turut memaparkan pergaduhan yang berlaku di antara penonton yang lebih dikenali sebagai penyokong atau peminat. Pergaduhan yang berlaku ini dikaitkan sebagai tingkah laku negatif. Tingkah laku ini dikenali sebagai keagresifan. Wann(1977) menyatakan keagresifan sebagai tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal,verbal atau psikologikal orang lain sebagai cara untuk mengelakkan diri daripada dicederakan. Manakala, bagi Kaufmann dipetik dalam (Marten,1979) pula telah mendefinisikan keagresifan sebagai tindakan yang mesti tepat iaitu tepat ke arah sasaran hidup dan penyerang haruslah mempunyai harapan atau kemungkinan subjektif yang melebihi aras kosong untuk mencapai sesuatu objek dan melepaskan ransangan yang membahayakan kepada objek tersebut.

Terdapat tiga teori yang dapat menjelaskan bagaimana tingkah laku agresif berlaku. Antara teori tersebut ialah Teori Instinct,Teori Frustration Agression dan Teori Social Learning. Menurut Teori Instinct(Gill,1986), setiap manusia mempunyai perasaan atau sifat untuk menjadi agresif di mana perasaan ini boleh bertambah dan perlu dilepaskan atau ditunjukkan kepada sesuatu objek. Bagi Teori Frustration-Agression pula, ia berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh kekecewaan dan kegagalan yang dihadapi. Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard, Doob, Miller dan Mowrer (1939). Selain itu , Teori Pembelajaran Sosial menerangkan agresif sebagai sifat seseorang yang belajar melalui penelitian orang lain yang mempunyai sikap ganjil. Manakala bagi teori yang terakhir iaitu Teori Frustration Agression Model Berkowit menyatakan bahawa individu yang kalah dalam pertandingan kerana tidak dapat main dengan baik akan berasa kecewa. Disebabkan oleh kekecewaan itulah mereka menunjukkan tingkah laku yang agresif.

2.0.PUNCA BERLAKUNYA KEAGRESIFAN

Terdapat beberapa sebab berlakuya keagesifan di kalangan atlet-atlet. Sebab utama adalah terletak pada diri atlet. Terdapat ramai atlet yang tidak dapat mengawal dirinya dari aspek emosi. Mereka mudah naik marah hanya disebabkan oleh perkara yang kecil sahaja. Ada juga di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan kekalahan diri dalam pertandinganan bertindak dengan mencederakan pihak lawan dalam pertandingan yang seterusnya. Contohnya, permainan bola sepak yang berlangsung antara kumpulan dari negara Jerman dan negara Poland.Pemain Darius Dudka telah membuat bentasan keras terhadap pemain Thomas Hitzlsperger namun Berjaya dilepasi olehnya ( Arena Bola Sepak).

Selain itu, pendapat atlet yang salah turut menjadi pemangkin keagresifan. Mengikut Bredemier dan Shields (1987) ,hasil daripada kajiannya , ramai atlet berpendapat bahawa sesetengah tindakan yang agresif yang tidak sesuai pada umum dibenarkan untuk menjadi agresif dalam perlawanan. Contohnya,balingan ke dalam oleh pemain bola sepak. Seorang pemain dengan sengaja membaling bola kearah tangan pemain dengan sengaja dengan tujuan untuk mendapat kelebihan. Akan tetapi apabila di luar permainan tindakan ini tidak diterima oleh seseorang. Perbezaan ini telah menunjukkan satu alasan permainan.

Punca yang seterusnya adalah melibatkan jurulatih. Sesetengah jurulatih dan atlet merasakan sikap agresif boleh meningkatkan prestasi atlet mereka sendiri sama ada dalam perlawanan individu atau berkumpulan. Contohnya,seorang peninju yang melepaskan tumbukan yang kuat(melepaskan geram) ke atas muka lawannya dan tumbukan tersebut menyebabkan lawannya tercedera dan memenangi perlawanan tersebut.

Faktor yang seterusnya ialah factor semasa. Perlakuan keagresifan juga dipengaruhi oleh faktor-faktor semasa. Antaranya ialah pengaruh penonton. Sorakan dan ejekan penonton boleh mempengaruhi keadaan dan menjadi pemangkin kepada keagresifan pemain. Contohnya,dua orang pemain Selangor, Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin terlibat dalam kes memukul penyokong sendiri. Perkara ini terjadi kerana penyokong mereka telah memprovokasi mereka dengan kata-kata kesat disebabkan oleh permainan mereka yang tidak baik.( Arena Bola Sepak)

Tuesday, July 27, 2010

New environment

19 julai 2010 were the day where i went to institute perguruan to continue my study...
three day before 19 julai i struggle to get my things done in time...oh my god.....
luckily i manage to do it and now i study at institute perguruan in bukit menterjam,penang...
now i am still trying to get use to the new environment and cop up with my study here....