jpsia

Tuesday, September 28, 2010

Refleksi

Saya telah menghadiri kelas teknologi maklumat. Encik Nik merupakan pensyarah saya . Beliau telah menyuruh saya dan rakan-rakan membuat satu blog spot. Pada mulanya kami agak kelam kabut dalam membuat blogger ,tetapi di bawah penerangan beliau dan bantuan kawan yang sudah membuat blogspot. Akhirnya, saya berjaya membuatnya. Tetapi semasa kami membuatnya, kami menghadapi beberapa halangan seperti internet line tak cukup kuat. Kami sukar nak masuk ke satu page yang baru. Jadi proses membuat blogspot ini agak lambat.

Selain itu, saya telah mempelajari satu ilmu yang baru. Sebelumnya saya tidak tahu dan tidak pernah dengar tentang blogspot. Saya cuma tahu satu laman web yang terkenal iaitu facebook. Melalui blogspot saya boleh menulis dan memaparkan apa yang tersirat dalam fikiran saya. Keadaan ini agak berbeza dengan keadaan di sekolah menengah. Beliau telah memberi kami peluang untuk mempelajarinya sendiri dan meneroka dalam ilmu teknologi. Tujuan beliau untuk melakukannya adalah supaya kami tidak membuat sesuatu berdasarkan module yang disediakan dan terkonkong dalam kotak . Kami turut digalakkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan membuatnya sendiri.

Beliau ingin melatih kami melalui proses berfikir. Melaluinya, kami dapat berfikir dengan lebih kreatif dan berpandangan jauh. Secara tidak langsung, kami dapat berlatih teknik ini dan dapat mengaplikasikannya atau melatih generasi yang akan datang di bawah ajaran kami yang bakal menjadi guru pada masa akan datang. Beliau sentiasa menyuruh kami mengeluarkan pendapat kami sendiri semasa dalam kuliah.

Encik Nik juga telah memberi beberapa tugasan kepada kami menyiapkannya dan memaparkannya dalam blogspot. Antaranya ialah isu-isu semasa yang hebat diperkatakan di kalangan masyarakat iaitu haruskah UPSR dan PMR dimansuhkan. Secara tidak langsung, kami berpeluang menyuarakan apa yang terbuku di hati dan kami turut mempelajari untuk memberi perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku di kalangan kami. Di sini ,beliau secara tidak langsung melatih kami untuk berfikir. Beliau sentiasa mengajar kami cara untuk menjadi seorang guru yang berkualiti dari segi ilmu dan disiplin diri.

Encik Nik turut memberitahu dan berkongsi pengalaman serta ilmu yang dipelajari oleh beliau. Beliau tidak kedekut ilmu. Contohnya, beliau telah pergi ke USM untuk menghadiri satu majis perasmian di sana. Di sana , beliau telah didedahkan kepada teknologi baru. Pada keesokkan hari beliau telah menunjukkan kami gambar tersebut melalui internet. Beliau merupakan seorang yang berpandangan jauh.

Kami berasa gembira mendapatkann ilmu daripada Encik Nik

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home